• Video Galeri

Muzium Holocaust Menarik Semula Elie Wiesel Award dari Pemimpin Myanmar

Penghargaan kemanusiaan Elie Wiesel Award yang diberikan kepada Suu Kyi pada tahun 2012 telah dicabut.

Muzium Holocaust Menarik Semula Elie Wiesel Award dari Pemimpin Myanmar

Muzium Holocaust Amerika Syarikat (AS) menarik semula Elie Wiesel Award, penghargaan kemanusiaan yang telah diberikan kepada pemimpin dan Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi, kerana beliau tinggal diam terhadap kekerasan dan penganiayaan yang dilakukan ke atas umat Islam Arakan di negaranya.

Kenyataan yang dibuat oleh muzium itu berkata bahawa penghargaan kemanusiaan Elie Wiesel Award yang diberikan kepada Suu Kyi pada tahun 2012 telah dicabut.

Terkait pencabutan penghargaan tersebut, kenyataan itu berkata bahawa sebab dicabutnya penghargaan itu adalah kerana Suu Kyi tidak mengutuk dan tidak menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap umat Islam Arakan.



Berita Terkait