• Video Galeri

PBB: ''Pembunuhan Beramai-ramai Dilakukan Terhadap Muslim Arakan''

Terdapat petunjuk-petunjuk yang kuat mengenai pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Arakan di Myanmar sejak 25 Ogos 2017.

PBB: ''Pembunuhan Beramai-ramai Dilakukan Terhadap Muslim Arakan''

Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia Zayd Raad al-Hussein mengatakan terdapat petunjuk-petunjuk yang kuat mengenai pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Arakan di Myanmar sejak 25 Ogos 2017.

Bercakap pada sesi ke-37 Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Hussein berkata beliau tetap prihatin terhadap 900,000 umat Islam Arakan yang telah berlindung di Bangladesh dan masyarakat Islam yang masih tinggal di Myanmar.

Hussein berkata bahawa ''Pejabat Hak Asasi Manusia yakin bahawa di wilayah Arakan pembersihan etnik masih tetap ada''.

''Para mangsa melaporkan bahawa pasukan keselamatan dan militan tempatan melakukan pembunuhan, rogol, penyeksaan dan penculikan serta memaksa Muslim Arakan agar kelaparan dengan menyekat masuknya sumber-sumber makanan. Majlis ini menyedarinya dan pejabat saya memiliki petunjuk yang kuat terkait aksi pembunuhan beramai-ramai di Arakan sejak Ogos hingga setakat ini'' Ujar Hussein.

Hussein menyeru kepada Majlis Hak Asasi Manusia untuk menubuhkan ''mekanisme baru yang bebas dan tidak berpihak'' untuk mengadili mereka yang bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan terhadap Muslim Arakan di Myanmar.



Berita Terkait