Terkait Pesawat Malaysia MH17, NATO: ''Mereka yang Bersalah Mesti Bertanggungjawab''

Melalui akaun media sosial, Stoltenberg mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT)

Terkait Pesawat Malaysia MH17, NATO: ''Mereka yang Bersalah Mesti Bertanggungjawab''

Terkait pesawat Malaysia yang dijatuhkan di Ukraine pada 2014, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, berkata bahawa mereka yang bersalah harus diminta pertanggunggjawabannya.

Melalui akaun media sosial, Stoltenberg mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT), yang mendapati bahawa pesawat milik Malaysia Airlines telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu milik tentera Rusia.

''Saya sangat menghargai penyiasatan profesional dan tidak terikat daripada JIT. Seperti yang dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka yang bersalah harus bertanggungjawab." ujarnya.

Stoltenberg menegaskan kepentingan keadilan dalam "tragedi global" yang berlaku empat tahun lalu.

Pasukan Siasatan Bersama Antarabangsa (JIT) mengumumkan bahawa mereka telah mengesan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17, yang dijatuhkan di Ukraine pada 2014, ditembak oleh peluru berpandu milik tentera Rusia.

Pesawat dengan nombor penerbangan MH17 bermuatan 283 penumpang dan 15 anak kapal dijatuhkan di ruang udara Ukraine 40 km jaraknya dari sempadan Rusia pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kesemua 298 penumpang tewas.



Berita Terkait