Para Pemimpin G7 Kecam Serangan Kimia di Ghouta Timur

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, selaku Pengerusi G7 membuat kenyataan atas nama para pemimpin G7

Para Pemimpin G7 Kecam Serangan Kimia di Ghouta Timur

Para pemimpin negara-negara ahli G7, sekumpulan 7 negara dengan ekonomi maju di dunia, mengutuk serangan senjata kimia yang dilakukan oleh rejim Assad pada 7 April di Ghouta Timur, Syria.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, selaku Pengerusi G7 membuat kenyataan atas nama para pemimpin G7,

''Kami sebagai para pemimpin G7 dan Kesatuan Eropah (EU), mengutuk keras penggunaan senjata kimia oleh rejim Syria dalam serangannya di Ghouta Timur'' kata kenyataan itu.

Trudeau menegaskan bahawa mereka menyokong penuh Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Perancis untuk merosak kemampuan rejim Assad dalam menggunakan senjata kimia dan segala usaha yang telah dilakukan untuk mencegah berlakunya peristiwa-peristiwa sedemikian pada masa akan datang.

Serangan senjata kimia yang dianjurkan oleh rejim Syria pada 7 April ke atas kawasan pemukiman di wilayah Douma di Ghouta Timur, telah menewaskan 78 orang awam.



Berita Terkait