Teh Panas Boleh Menyebabkan Kanser

Para saintis di China mengumumkan bahawa meminum teh panas secara teratur meningkatkan risiko kanser esophageal.

Teh Panas Boleh Menyebabkan Kanser

Menurut artikel yang diterbitkankan dalam jurnal Annals of Internal Medicine, semasa kajian, selama 10 tahun telah diperiksa keadaan kesihatan dan kebiasaan makan 456.155 orang berusia antara 30-79 tahun.

Telah diperhatikan bahawa orang-orang yang meminum teh secara teratur setiap hari dan mengkonsumsi sedikitnya 15 gram alkohol, berisiko 5 kali lebih besar untuk terjangkit kanser esophageal.

Dalam kajian itu, didapati bahawa perokok mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat penyakit yang sama.

Para saintis menyatakan bahawa minuman yang bersuhu melebihi 65 darjah celcius berbahaya untuk organ dalaman dan meningkatkan risiko kanser, mereka juga membuat amaran agar tidak mengkonsumsi minuman panas, alkohol dan rokok secara bersamaan.
 



Berita Terkait