IBATECH Istanbul Fair Telah Dibuka

IBATECH Istanbul Fair yang merupakan satu-satunya pameran yang akan diiklankan dalam 20 bahasa di seluruh dunia, akan dibuka selama 4 hari.

IBATECH Istanbul Fair Telah Dibuka

International Trade Fair for Bakery, Patisserie Machinery, Ice Cream, Chocolate and Technologies (IBATECH Istanbul) telah dibuka untuk para pengunjung.

Pada pameran yang dianjurkan kali ke-12 tahun ini dan diadakan di CNR Expo, oven-oven teknologi terkini dalam sektor ini dipamerkan.

Pameran yang disertai oleh lebih daripada 400 syarikat lokal dan asing, menawarkan peluang besar untuk mereka yang mahu melihat teknologi baru dan berbeza.

Pameran itu dijangka akan dikunjungi oleh lebih dari 80,000 pengunjung dari 120 negara yang berbeza.

Eksport jentera sektor bakeri, pastri dan coklat Turki, mencapai kapasiti senilai 6 bilion dolar.

Pameran itu akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan angka ini.

IBATECH Istanbul Fair yang merupakan satu-satunya pameran yang akan diiklankan dalam 20 bahasa di seluruh dunia, akan dibuka selama 4 hari.



Berita Terkait