Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 14 Februari 2018

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Sabah: ''PM Yıldırım: Kali ini anda menabrak batu yang keras''

PM Turki, Binali Yıldırım yang bercakap ke orang ramai di Erzincan, mengkritik keras bantuan yang AS berikan kepada pertubuhan pengganas YPG, beliau berkata, ''Hal ini tidak semudah itu, kali ini anda menabrak batu yang keras''. katanya.

 

Akhbar Vatan: ''Kenyataan Setiausaha Agung NATO mengenai Turki''

Terkait Operation Olive Branch yang dilancarkan Angkatan Tentera Turki (TSK) di wilayah Afrin, Syria, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, ''Turki mempunyai kebimbangan keselamatan yang sah. Tiada negara ahli NATO yang terdedah serangan pengganas seperti Turki. Turki mempunyai hak untuk menyelesaikan kebimbangan keselamatannya ini.''

 

Akhbar Hürriyet: "Pasaran Pelancongan Turki dan Jerman''

Tempahan untuk bercuti musim panas dari Jerman ke Turki, telah meningkat 50 peratus dibanding dengan tahun lepas. Penasihat Pelancongan Berlin Huseyin Gazi Coşan yang menegaskan bahawa bilangan pelancong tahun ini dijangka lebih tinggi berbanding tahun lepas, menyatakan bahawa Pasaran Turki telah kembali ke Jerman. Çosan yang menegaskan pelancongan tahun ini dijangka akan meningkat lebih besar berbanding tahun lepas, menyatakan bahawa Turki telah kembali ke pasaran Jerman. 

 

Akhbar Star: "Pengusaha-pengusaha Turki akan mewujudkan bandar pelancongan di Sudan''

Timbalan AK Party Denizli, Şahin Tin melaporkan bahawa pengusaha-pengusaha Turki akan menubuhkan satu bandar pelancongan di wilayah Laut Merah di Sudan. Pada akhir rundingan dengan Gabenor Laut Merah, ia telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah bandar pelancongan bagi 10 ribu orang yang tinggal di rantau Port Sudan. Ini akan menjadi yang pertama di Sudan. Sudan akan dirancang dengan cara yang moden dan untuk memastikan promosi di dunia. Struktur akan dibuat oleh arkitek Turki dan jurutera. Ia akan menjadi pelaburan kira-kira $ 250 juta.



Berita Terkait