• Video Galeri

Hari Wanita Sedunia, Erdoğan: ''Wanita sangat Berperan Penting dalam Pembangunan Masa Depan''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengeluarkan sebuah mesej pada Hari Wanita Sedunia 8 Mac.

erdogan yeşil ay.png
erdogan yeşil ay.png

Pada Hari Wanita Sedunia, Presiden Erdoğan mengucapkan selamat kepada para wanita yang telah memperindah dunia dengan kasihnya, usahanya dan pengorbanannya mulai kepada keluarganya hingga pada kehidupannya di setiap waktu dan tempat. Presiden Erdoğan menyatakan bahawa para wanita masih terus berperan penting dalam pembangunan masa depan.

''Kita-kita yang merupakan ahli-ahli tamadun yang beranggapan bahawa wanita atau lelaki bagaikan dua sisi medali yang sama, menentang semua pendekatan seksis.'' kata Erdoğan, Beliau juga menegaskan bahawa mereka berazam untuk berjuang hingga akhir terhadap pemikiran yang mengabaikan maruah manusia dan yang juga bertanggungjawab atas akibat yang berlaku.

Erdoğan menggarisbawahi bahawa perspektif gender tidak selaras dengan nilai-nilai, sejarah dan dinamik kehidupan sosial.

Erdoğan menegaskan bahawa masyarakat harus menggiatkan usaha bersama demi penyelesaian masalah-masalah berdasarkan hak dan keadilan.

Perdana Menteri Binali Yıldırım juga meraikan Hari Wanita Sedunia 8 Mac kepada seluruh wanita yang merupakan wujud kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan harapan.
 



Berita Terkait