• Video Galeri

Erdoğan dan Merkel Tegaskan bahawa Langkah Konkrit Perlu Diambil Demi Melindungi Syria

Erdoğan dan Merkel bertukar pandangan mengenai isu-isu dua hala dan serantau.

Erdoğan dan Merkel Tegaskan bahawa Langkah Konkrit Perlu Diambil Demi Melindungi Syria

Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Jerman Angela Merkel.

Mengikut maklumat yang diperolehi dari sumber kepresidenan, dalam perbualan telefon itu Erdoğan dan Merkel bertukar pandangan mengenai isu-isu dua hala dan serantau.

Erdoğan dan Merkel yang juga menyinggung operasi yang dijalankan oleh AS, Britain dan Perancis pada hari Sabtu berikutan penggunaan senjata kimia oleh rejim Syria di Douma pada 7 April, keduanya menegaskan bahawa langkah konkrit perlu diambil untuk melindungi integriti wilayah Syria dan untuk membuat kemajuan dalam proses politik.



Berita Terkait