• Video Galeri

Pertemuan Erdoğan dengan Setiausaha Agung NATO

Keduanya menegaskan bahawa negara-negara ahli NATO perlu bersatu dan tegas dalam berjuang menghadapi pelbagai jenis keganasan.

Pertemuan Erdoğan dengan Setiausaha Agung NATO

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, menerima Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg yang sedang berada di Ankara untuk lawatan rasmi.

Presiden Erdoğan dan Stoltenberg membahas hubungan Turki-NATO dan perkembangan serantau terutamanya Syria, keduanya menegaskan bahawa negara-negara ahli NATO perlu bersatu dan tegas dalam berjuang menghadapi pelbagai jenis keganasan.

Stoltenberg yang menegaskan bahawa Turki adalah satu sekutu yang mempunyai kepentingan strategik bagi perikatan, memberi maklumat kepada Presiden Erdoğan mengenai kemuncak NATO yang dirancang akan diadakan di Brussels ibu negara Belgium pada bulan Julai.

Dalam pertemuan itu, Erdoğan dan Stoltenberg bertukar pandangan mengenai operasi yang dijalankan oleh AS, Britain dan Perancis pada hari Sabtu dan juga membicarakan isu memerangi keganasan.

Dalam konteks ini, ditekankan kepentingan perpaduan dan keazaman negara-negara ahli NATO untuk menentang segala bentuk keganasan.
 



Berita Terkait