Palestin Ucapkan Terima Kasih Kepada Erdoğan

Majlis Menteri-Menteri Palestin membuat sebuah kenyataan bertulis

Palestin Ucapkan Terima Kasih Kepada Erdoğan

Kerajaan Palestin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan atas seruannya kepada Organisasi Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat luar biasa.

Selepas mesyuarat mingguan yang diketuai oleh Perdana Menteri Rami Hamdallah, Majlis Menteri-Menteri Palestin membuat sebuah kenyataan bertulis yang berkata,

''Kami sebagai rakyat Palestin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan, kerajaan Turki dan rakyat Turki, yang telah menggesa OIC untuk mengadakan mesyuarat luar biasa yang membincangkan keadaan kritikal di Palestin.''

Berikutan campur tangan tentera-tentera Israel pada aksi demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat Palestin di sempadan Gaza untuk membantah penempatan semula kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Yerusalem dan telah menewaskan lebih daripada 60 warga Palestin, Kemuncak luar biasa OIC telah diadakan di Istanbul pada 18 Mei atas panggilan Presiden Erdoğan.



Berita Terkait