Ankara Mengalu-alukan Delegasi AS

Tajuk agenda terpenting mesyuarat kedua mekanisme pertemuan antara Turki dan Amerika Syarikat adalah pelan tindakan di Manbij.

Ankara Mengalu-alukan Delegasi AS

Ibu kota Ankara mengalu-alukan delegasi dari Amerika Syarikat, sebelum lawatan Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğlu ke Amerika Syarikat (AS) pada 4 Jun.

Para delegasi yang memeriksa fail Syria dari jawatankuasan-jawatankuasa, yang terutamanya membahas masalah memerangi keganasan, telah menyelesaikan mesyuarat kedua di Ankara.

Tajuk agenda terpenting mesyuarat kedua mekanisme pertemuan antara Turki dan Amerika Syarikat adalah pelan tindakan di Manbij.

AS yang menempatkan para pengganas ahli PYD-YPG, cawangan organisasi pengganas PKK di Syria, di wilayah Manbij-Syria, dengan alasan memerangi Daesh, telah mencetuskan masalah antara Turki dengan AS.

Sementara AS memberikan pelbagai bantuan termasuk senjata ke para pengganas yang ditempatkan di utara Syria, Turki menyatakan tidak akan membenarkan pembentukan sebuah koridor keganasan yang berhampiran dengan sempadan dan berkata bahawa kawasan itu mesti dibersihkan dari para pengganas.

Mekanisme yang ditubuhkan dalam usaha untuk membangunkan penyelesaian dalam memerangi Pertubuhan Pengganas Fethullahist (FETÖ) antara Turki dengan AS dan kepada apa yang berlaku di Iraq dan Syria, telah ditubuhkan selepas lawatan bekas Menteri Luar AS Rex Tillerson ke Ankara pada bulan Februari.

Pertemuan pertama kumpulan mengenai isu Syria telah diadakan di Washington pada 8-9 Mac.

Teks terakhir yang akan dibuat selepas mesyuarat akan diberikan oleh menteri luar kedua-dua negara yang akan bertemu di Washington.



Berita Terkait