Pertemuan Erdoğan dengan Perwakilan Perusahaan AS di Turki

Erdoğan, telah bertemu dengan wakil-wakil syarikat Amerika di Turki.

Pertemuan Erdoğan dengan Perwakilan Perusahaan AS di Turki

Presiden Recep Tayyip Erdoğan berkata,

"Walaupun semua gelombang yang ada, saya yakin kerjasama strategik kami dengan Amerika Syarikat akan diperkuatkan lagi melalui pelaburan dan perdagangan."

Erdoğan, telah bertemu dengan wakil-wakil syarikat Amerika di Turki.

Menteri Industri dan Teknologi Mustafa Varank, Menteri Perdagangan Ruhsar Pekcan dan Naib Presiden Parti Keadilan dan Pembangunan Lütfi Elvan turut hadir dalam pertemuan yang mengambil masa 2 jam 40 minit.

Erdoğan menyatakan bahawa pertemuan itu akan membolehkan mereka memahami dengan baik antara satu sama lain dan memberi peluang untuk mereka mempelajari lebih lanjut mengenai perspektif masing-masing.

"Pintu kami akan sentiasa terus terbuka kepada anda. Saya sendiri, kawan-kawan saya dan para penasihat saya, dan yang lainnya. Anda sangat tahu apa saja yang dicapai oleh Turki tanpa mengira ketidakstabilan, konflik dan kesulitan di rantau ini. Masalah yang kita hadapi hari ini sentiasa dapat diatasi. Masa depan Turki akan lebih cerah dan bersinar. " tambah Erdoğan.



Berita Terkait