• Video Galeri

Turki Sampaikan Takziah Kepada Filipina

Polis Filipina berkongsi maklumat bahawa bilangan kematian meningkat kepada 81, 70 orang hilang dan 71 lainnya cedera akibat taufan.

Turki Sampaikan Takziah Kepada Filipina

Turki menyampaikan takziah kepada negara Filipina yang dilanda taufan Mangkhut yang telah menewaskan dan mencederai berpuluh-puluh orang.

Kenyataa bertulis yang dibuat oleh Kementrian Luar, menyatakan bahawa Turki merasakan kesedihan atas ramai orang yang tewas dan kerosakan akibat taufan Mangkhut yang melanda Filipina.

‘’Kami menyampaikan takziah kepada keluarga mereka yang kehilangan nyawa dan mengharapkan kesembuhan segera bagi mereka yang cedera.’’ Kata kenyataan tersebut.

Polis Filipina berkongsi maklumat bahawa bilangan kematian meningkat kepada 81, 70 orang hilang dan 71 lainnya cedera akibat taufan.

Dibimbangkan bilangan kematian akan meningkat.

Kebanyakan kematian disebabkan oleh tanah runtuh akibat taufan, kira-kira 250 ribu orang terjejas oleh taufan tersebut.

Common Typhoon Alert Center di Hawaii mengumumkan bahawa taufan yang muncul di utara Lautan Pasifik berubah menjadi "taufan super" dalam kategori 5.

Kelajuan taufan yang mencapai 255 kilometer perjam pada hari pertama, berkurang hingga 100 kilometer dua hari lepas, telah hilang pengaruhnya di Filipina dan mencapai selatan China dan Hong Kong.

 



Berita Terkait