Moldova Anugerahkan Penghargaan Republik Kepada Erdoğan

Penghargaan Republik dianugerahkan kepada para pemimpin, para menteri dan para duta besar negara-negara yang telah berkontribusi dalam pembangunan hubungan persahabatan antara negara-negara dan dalam mendekatkan rakyat kedua-dua negara.

Moldova Anugerahkan Penghargaan Republik Kepada Erdoğan

Penghargaan Republik telah diberikan kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan, yang sedang berada di Moldova untuk lawatan rasmi.

Presiden Moldova, Igor Dodon, menganugerahkan Penghargaan Republik kepada Presiden Erdoğan yang telah banyak memberi sokongan ke negaranya, dan atas pembangunan kerjasama dalam pelbagai bidang serta hubungan baik antara Turki dengan negaranya.

‘’Dengan perintah dari Presiden Moldova, Penghargaan Republik telah dianugerahkan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, kerana kontribusi khas mereka untuk perkembangan hubungan antara kedua-dua negara" kata kenyataan yang dibuat oleh Pejabat Kepresidenan Moldova.

Dalam pernyataan itu, dikatakan bahawa Penghargaan Republik dianugerahkan kepada para pemimpin, para menteri dan para duta besar negara-negara yang telah berkontribusi dalam pembangunan hubungan persahabatan antara negara-negara dan dalam mendekatkan rakyat kedua-dua negara.

Penghargaan berlapis emas diberikan atas keputusan kabinet menteri dan inisiatif Presiden.

Selepas itu, perjanjian dalam 5 bidang telah ditandatangani di hadapan kedua-dua pemimpin negara.

Antara perjanjian itu adalah warga negara kedua negara boleh melakukan perjalanan dengan ID mereka dan bukannya paspor.

Erdoğan dan Dodon kemudian merasmikan batu monumental yang dipulihkan oleh Agensi Kerjasama dan Koordinasi Turki (TİKA).

 

 

 



Berita Terkait